|
|
|
Apache2 + MySQL + PHP + PHPMyAdmin
It's a new experience to me. I've taken 2 days to complete the installation. I've installed it one by one manually. Thanks to apache and MySQl coz they have made the .exe installer. So, it have cut down my time. But for php, I've to configure it manually. Huh... But, at the end, I could finish it. I'm proud to be myself. Hehehe... p/s: I've an experience in installing all these stuff during studying at my university. But, at that time, I was using package installer called phptriad. So, everything is computerized. Just click and done.
Download: ApacheMySQLPHPPHPMyAdmin
Updating...
Sorry to all. I don't have enough time to update my blog daily now. But, I will try my best to make it alive again. ;)
Check out the SPA website
SPA now is on their progress to call upon the selected candidates to come across an interview to fill up the vacancies in several government agencies. So, if you have registered with SPA, please regularly check their updates. If not, please register as soon as possible. Maybe you will be the one that lucky to attend those interviews. SPA Website.
Graduan disenarai SPA ditemu duga (Berita Harian - 15 Julai 2006)
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan terus memanggil graduan yang tersenarai dalam data banknya untuk ditemu duga sebaik saja jabatan dan agensi pelbagai kementerian mengemukakan maklumat kekosongan jawatan kepadanya. Seperti diarahkan, SPA akan memberi tumpuan mengisi jawatan peringkat Pengurusan dan Profesional (P&P) iaitu gred 41 dan ke atas, yang memerlukan kelayakan ijazah atau lebih tinggi.
Ketika ini, 110,936 pemegang ijazah tersenarai dalam pangkalan data berkomputer SPA dan mereka yang mempunyai kelayakan sesuai bagi jawatan, akan dipanggil untuk temu duga.
Pengambilan turut membabitkan pemegang diploma iaitu gred 27 tetapi bilangan berdaftar sebagai pemohon dalam kategori itu tidak diperoleh.
Sumber SPA berkata, suruhanjaya itu tidak mempunyai masalah memanggil calon untuk proses temu duga dan pengambilan berikutan pelaksanaan sistem pengambilan sepanjang masa yang dibuat ketika ini.
“SPA hanya menunggu permintaan daripada agensi dan jabatan pelbagai kementerian.
“Sebaik permintaan mengisi jawatan itu dikemukakan, kita akan temu duga calon yang ada kelayakan sesuai dengan jawatan.
“Proses memanggil temu duga itu mengambil masa antara lapan hingga 12 minggu bagi setiap jawatan. Surat tawaran kepada calon berjaya pula biasanya dikeluarkan dalam tempoh tiga minggu daripada tarikh temu duga,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Mengenai Masalah Siswazah Menganggur, Selasa lalu, berkata, 30,000 kekosongan jawatan peringkat pegawai dalam perkhidmatan awam akan diisi segera graduan menganggur.
Keseluruhannya ada 70,000 kekosongan di pelbagai kementerian dan agensi tetapi kira-kira 30,000 daripadanya terbuka untuk diisi graduan.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman ketika mengulas perkara itu kelmarin, berkata beliau sudah berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan suruhanjaya berkaitan untuk mengisi jawatan kelayakan ijazah dan diploma.
Sumber itu berkata, bilangan calon yang akan ditemu duga dan perjawatan yang perlu diisi hanya akan diketahui selepas maklumat kekosongan diterima.
Lapor kekosongan dalam seminggu
KUALA LUMPUR 15 Julai - Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan perlu melaporkan kekosongan jawatan di tempat masing-masing kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam masa seminggu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman berkata hari ini. Beliau berkata tempoh seminggu itu mencukupi bagi membolehkan proses pengisian jawatan dilakukan segera. "Kita minta kementerian, jabatan dan agensi bagi secepat mungkin, lagi cepat lagi bagus...kita bagi tempoh dalam seminggu," katanya selepas melawat Festival Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia di Taman Tasik Perdana, hari ini. Festival yang bertemakan ‘Wadi Keindahan' itu bermula pada 6 Julai lepas dan akan berakhir esok, setakat ini berjaya menarik seramai 130,000 pengunjung. Semalam, Samsudin mengarahkan semua kementerian, jabatan dan agensi memaklumkan kepada SPA jumlah kekosongan jawatan di tempat masing-masing. Selasa lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggur, mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam dan SPA mempercepatkan proses pengambilan siswazah bagi mengatasi masalah itu memandangkan terdapat 74,000 kekosongan dalam kerajaan dengan 30,000 untuk diisi siswazah. – Bernama
Jolly Shandy: Arak Alaf Baru yang mengelirukan !!!
PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE.
Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.
Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.
HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM.................
Jolly Shandy now comes in a great new packaging that is energetic and youthful looking. Along with the original Lemon flavour, Jolly Shandy has also introduced a brand new Orange flavour. Both the Lemon and Orange flavours pack a tangy great taste as well as added Vitamin C for that refreshing feeling.
Jolly Shandy is the perfect drink for today's young and trendy who live a lifestyle by the adage 'Refreshingly Different'. Jolly Shandy Lemon & Orange flavours are available in 320ml cans nationwide.
Colour -- Golden yellow Alcohol Content -- Less than 1% Pack Size -- Can 320ml
UBAT DARI SUMBER BABI TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA
Senarai ubat yang berada dipasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
No. Nama ubat Kegunaan Vendor diMalaysia
1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste
2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma
3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm
4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma
Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke dalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain ... akan diberitahu secepat mungkin.
Wallahu'alam
Akademik bukan jaminan siswa dapat kerja (Berita Harian - 13 Julai 2006)
APABILA Jawatankuasa Khas Mengenai Siswazah Menganggur bermesyuarat kelmarin dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, barulah kita tahu sebegitu banyak jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam untuk graduan universiti. Selain Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melakukan kerja untuk mempercepatkan pengambilan tenaga kerja siswazah untuk mengisi jawatan kosong di sektor kerajaan, graduan juga perlu menyediakan diri untuk memenuhi cita rasa kerajaan untuk melantik mereka.
Persediaan diri menghadiri temu duga amat penting membolehkan keyakinan dan kelainan graduan itu berbanding graduan lain memohon jawatan sama. Lebih 60,000 siswazah menganggur di seluruh negara untuk mengisi 30,000 jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Cemerlang dari segi akademik sebenarnya tidak memberikan jaminan graduan itu berkualiti untuk diterima bekerja, sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta. Siswazah perlu juga melengkapkan diri dengan pengetahuan asas, kemahiran komunikasi, penguasaan dan penulisan dalam bahasa Inggeris, di samping penampilan fizikal.
Faktor seperti ini yang menjadi kelebihan kepada seseorang graduan. Kelainan dan kelebihan seperti inilah yang dicari penemuduga untuk mengisi jawatan kosong. Majikan tidak mahu mengambil pekerja tidak berdaya fikir tinggi, lemah penguasaan bahasa, tiada sifat berdikari dan kurang daya kesungguhan bekerja.
Masa terluang sebagai penganggur inilah yang paling sesuai kepada siswazah membaiki diri, menambah pengetahuan dengan cara membaca, melayari internet, menambah baik semua dokumen sokongan, kemas kini latar belakang peribadi dan cuba bergaul dengan masyarakat untuk menambah kemahiran berkomunikasi. Perbaiki dan lebihkan kemahiran menguasai bahasa Inggeris dengan cara pertuturan dan penulisan. Ia penting kerana apabila siswazah memasuki alam pekerjaan, sesetengah tugasan memerlukan anda berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Akademik dianggap formal sedangkan kokurikulum, pengetahuan am dan sivik dilihat sebagai tidak formal tetapi ia juga sebahagian daripada penilaian akademik.
Tidak semestinya orang tidak berijazah itu tidak pandai. Kadang-kadang tafsiran kita mengenai maksud kepandaian itu tidak tepat. Ia perkara perlu diperbetulkan. Berijazah dan berilmu dua perkara berbeza.
Mentaliti seperti ini perlu diubah pelajar IPT dan graduan. Ramai graduan beranggapan apabila sudah memiliki segulung ijazah, mereka sudah pandai segala-galanya. Graduan mencari kerja janganlah berasakan tercabar apabila gaji ditawarkan tidak setimpal dengan kelulusan.
Kepada mereka yang masih berada di universiti, mereka harus menimba ilmu sebanyak mungkin. Mereka perlu mencampuri masyarakat di luar kampus bagi mendapatkan pengalaman. Proses pendewasaan ini sebenarnya berkembang ketika bergelar pelajar universiti.
SHAIFUL BAHRI SAIDIN, Sekinchan, Selangor.
30,000 graduan ditawar kerja (Berita Harian - 12 Julai 2006)
JPA, SPA segera isi kekosongan jawatan pegawai dalam perkhidmatan awam
PUTRAJAYA: Sebanyak 30,000 kekosongan jawatan peringkat pegawai dalam perkhidmatan awam akan diisi segera, sekali gus mengurangkan separuh daripada jumlah graduan menganggur sekarang. Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Mengenai Masalah Siswazah Menganggur dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak semalam meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mempercepat proses pengambilan siswazah untuk mengisi kekosongan itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, keseluruhannya perkhidmatan awam kini ada 70,000 kekosongan di pelbagai kementerian dan agensi tetapi kira-kira 30,000 daripadanya terbuka untuk diisi graduan.
“Kita meminta JPA berunding dengan SPA untuk mempercepatkan proses pengambilan siswazah bagi mengisi kekosongan itu, yang jumlahnya agak besar.
“Kalau dapat disegerakan dan memang boleh disegerakan, kita boleh mengurangkan dengan begitu ketara masalah siswazah yang tidak ada pekerjaan, selain menambah keberkesanan khidmat kerajaan terutama di jabatan yang amat memerlukan tambahan pegawai,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat hampir dua jam itu.
Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Effendi Norwawi; Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yasin; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed; Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Onn serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin.
Najib berkata, siswazah menganggur ketika ini mencecah 60,000 orang dan kemungkinan besar 70 peratus daripadanya Bumiputera dan 70 peratus keseluruhannya pula wanita.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, golongan itu mencakupi tiga kategori, iaitu benar-benar menganggur, separuh menganggur dan yang bekerja tetapi pekerjaan itu tidak menepati setara dengan kelayakan.
“Jadi kalau kita gunakan angka 60,000 ini, kita mesti faham di sebalik angka ini. Jangan kata 60,000 menganggur, itu tidak betul melainkan kita mendefinisikan dalam tiga kategori ini,” katanya.
Mesyuarat itu turut membuat beberapa ketetapan bagi menangani atau mengurangkan jumlah siswazah menganggur yang bertambah setiap tahun, antaranya:
Menyerapkan mereka sebagai pendidik jika ada keperluan untuk menambah guru Menggalakkan mereka membuat kursus pasca siswazah; Program latihan keusahawanan akan memberi tumpuan kepada siswazah; Mewujudkan latihan profesional bagi memudahkan graduan mendapat kerja; Lebih banyak kiosk untuk program mencari pekerjaan akan diwujudkan di tempat awam, seperti pasar raya; Meminta Kementerian Pengajian Tinggi mengkaji semula sesetengah kursus supaya memenuhi permintaan di pasaran; Mengehadkan pengambilan pelajar untuk kursus yang tidak begitu relevan; Mengkaji semula kurikulum di universiti supaya mencerminkan kehendak pasaran kerja; Mengatasi masalah kurang kemahiran dalam bahasa Inggeris dan berkomunikasi melalui kurikulum dalam sistem pendidikan sama ada di peringkat sekolah dan universiti; dan Program latihan graduan eksekutif yang diberi pengecualian potongan cukai dua kali seperti digariskan dalam Bajet lalu, dilaksanakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta terutama yang mendapat kemudahan kerajaan melalui program penswastaan. Najib berkata, GLC dikehendaki mengambil graduan untuk program itu, bukan sebagai ‘tempelan’ tetapi satu latihan yang lebih tersusun supaya siswazah dapat latihan serta pendedahan secukupnya.
Sehubungan itu, katanya, Nor Mohamed akan menemui semua GLC dan syarikat swasta untuk memastikan pihak berkenaan mengambil langkah susulan mengenai perkara berkaitan.
FAKTA NOMBOR Graduan menganggur 60,000
18.6% - Graduan pentadbiran, perniagaan dan sumber manusia 16.3% - Graduan komputer dan teknologi maklumat (IT)
Atasi graduan menganggur -- Najib arah SPA, JPA percepat isi 30,000 jawatan kosong (Utusan Malaysia - 12 Julai 2006)
PUTRAJAYA 11 Julai - Kerajaan hari ini mengarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempercepatkan proses pengambilan siswazah menganggur bagi mengisi kira-kira 30,000 jawatan kosong di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada masa ini terdapat 74,000 jawatan kosong dan 30,000 daripadanya terbuka untuk diisi oleh siswazah dalam usaha menangani masalah siswazah menganggur. ‘‘Jawatankuasa Khas Mengenai Siswazah Menganggur yang bermesyuarat hari ini bersetuju meminta JPA dan SPA berunding untuk mempercepatkan proses pengambilan siswazah bagi mengisi pelbagai jawatan dalam pelbagai kementerian, agensi dan jabatan kerajaan. “Kalau dapat disegerakan dan memang pun perlu disegerakan, kita boleh kurangkan dengan begitu ketara masalah siswazah menganggur, di samping menambah keberkesanan perkhidmatan awam terutama di jabatan-jabatan yang amat memerlukan tambahan para pegawai,” katanya di sini. Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan. Turut hadir ialah Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khaled Nordin. Menurut Najib, pada masa ini terdapat kira-kira 60,000 siswazah menganggur mencakupi tiga kategori iaitu benar-benar menganggur (24,000 orang atau 42 peratus), serta bekerja sementara dan pekerjaan tidak setara dengan kelayakan, kedua-duanya berjumlah kira-kira 58 peratus. Beliau berkata, walaupun masalah pengangguran di kalangan siswazah berlaku pada semua kaum, kira-kira 70 peratus siswazah yang tidak mempunyai pekerjaan adalah bumiputera dengan 70 peratus adalah wanita. Timbalan Perdana Menteri berkata, 18.6 peratus yang menganggur adalah siswazah dalam bidang pentadbiran, perniagaan dan sumber manusia; komputer dan teknologi maklumat (16.3 peratus); kejuruteraan (13.5 peratus) serta sastera dan sains sosial (11.9 peratus). Sehubungan itu, menurut Najib, jawatankuasa berkenaan turut meminta Kementerian Pengajian Tinggi mengkaji kemungkinan mengurangkan pengambilan pelajar bagi sesetengah kursus di institusi pengajian tinggi yang tidak dapat memenuhi keperluan pasaran pekerjaan atau menimbulkan masalah mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajian. ‘‘Kementerian terlibat akan kaji kurikulum di universiti-universiti supaya ia mencerminkan kehendak pasaran pekerjaan selain mengatasi kelemahan-kelemahan terutama yang berkaitan dengan penguasaan bahasa Inggeris dan kemahiran berkomunikasi yang dikatakan menjadi punca utama pengangguran di kalangan siswazah,” katanya. Selain itu katanya, beberapa langkah lain turut dikenal pasti oleh jawatankuasa tersebut bagi mengatasi masalah yang sama, antaranya meminta Kementerian Pelajaran mengkaji semula nisbah antara guru dan murid untuk membolehkan lebih ramai siswazah dilatih sebagai guru. Kerajaan juga kata beliau, akan menggalakkan lebih ramai siswazah menganggur melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian lepasan ijazah dengan mempertimbangkan pembiayaannya menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) . ‘‘Kita juga mahu semua program latihan keusahawanan di bawah pelbagai kementerian dilaksanakan secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada siswazah-siswazah menganggur agar mereka mendapat pekerjaan atau peluang-peluang keusahawanan,” katanya. Menurut Najib lagi, kerajaan juga mahu syarikat-syarikat swasta dan syarikat milik kerajaan (GLC) yang telah diberi pengecualian cukai dua kali mengendalikan program latihan siswazah eksekutif dijalankan secara berstruktur dan tersusun, bukan sekadar ‘program tempelan’ sahaja. ‘‘Kita dapat laporan mereka tak buat program ini secara teratur, Menteri Kewangan Kedua akan jumpa dengan syarikat-syarikat terlibat bagi memastikan mereka mengambil langkah susulan dan memberi pendedahan secukupnya kepada para pelatih,” tegasnya.
Badan khas kaji siswa menganggur (Berita Harian - 07 Julai 2006)
KOTA KINABALU: Kerajaan membentuk jawatankuasa khas bagi mengkaji kadar pengangguran di kalangan siswazah yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selaras usaha mengenal pasti punca sebenar masalah itu. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, berkata penubuhan jawatankuasa itu membuktikan kerajaan memandang serius masalah pengangguran di kalangan graduan dan mahu mencari penyelesaian terbaik demi manfaat semua pihak.
"Ia kerana maklumat berkaitan bilangan siswazah menganggur diperoleh daripada pelbagai agensi merangkumi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Perangkaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaian amanat kepada pelajar baru Universiti Malaysia Sabah (UMS) sesi 2006/2007 di sini, semalam.
Mustapa berkata, angka sebenar berhubung kadar pengangguran di kalangan siswazah tempatan sentiasa berubah dan perlu diselaraskan.
Beliau berkata, keadaan itu berikutan pemohon kerja di negara ini terbahagi kepada dua kategori iaitu mereka yang sudah bekerja tetapi ingin mencari kerja lain dan golongan tidak bekerja.
"Mungkin ada di kalangan mereka yang bekerja membuat permohonan kerja lain bagi mendapat pekerjaan lebih baik, jadi angka sebenar perlu diselaraskan termasuk dari segi faktor pemohon pekerjaan," katanya.
Mengulas dakwaan kadar pengangguran di kalangan siswazah tinggi kerana sektor swasta tidak berminat mengambil mereka, Mustapa berkata, alasan itu bukan punca utama kerana keadaan ekonomi, kepakaran dan permintaan turut mempengaruhi keadaan.
Beliau turut mengakui faktor kursus turut mempengaruhi pengangguran tetapi ia tidak berlaku secara menyeluruh kerana ada juga lulusan kejuruteraan, perakaunan dan perniagaan yang masih menganggur.
Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata, hospital universiti tidak akan dibina di enam universiti di negara ini yang belum mempunyai kemudahan berkenaan termasuk UMS.
"Daripada sembilan universiti yang mempunyai Fakulti Perubatan, hanya tiga mempunyai hospital universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
"Kerajaan akan mempertimbangkannya apabila keadaan kewangan bertambah baik," katanya.
"Buat sementara waktu, pelajar Sekolah Perubatan UMS akan menggunakan kemudahan Kementerian Kesihatan termasuk di Hospital Queen Elizabeth (QEH)," katanya.
"Seiring usaha itu, Kementerian Pengajian Tinggi mengambil inisiatif menyelaraskan angka sebenar pengangguran membabitkan siswazah.
Visual Basic 6.0 Package and Deployment Wizard
Once you have created your VB program, you need a way to distribute it to your users. You could create your own setup program, or purchase a third party program to do it for you. However, the first would be very time consuming, and the second would be very expensive. An alternative option is the Package & Deployment wizard that is bundled with Visual Basic. It allows you to create a setup program for your application in a few minutes. It is not amazingly flexible, but is fine for most basic applications. This tutorial will show you how to use it. Credit to James Crowley.(James first started writing tutorials on Visual Basic in 1999 whilst starting this website (then known as VB Web). Since then, the site has grown rapidly, and James has written numerous tutorials, articles and reviews on VB, PHP, ASP and C#. In October 2003, James formed the company Developer Fusion Ltd, which owns this website, and also offers various development services. In his spare time, he's a 3rd year undergraduate studying Computer Science in the UK. He's also a Visual Basic MVP.)
BitComet 0.70 is out !!!
BitComet is a p2p file-sharing freeware fully compatible with Bittorrent, which is one of the most popular p2p protocol designed for high-speed distribution of 100MB or GB sized files. BitComet is a powerful, clean, fast, and easy-to-use bittorrent client. It supports simultaneous downloads, download queue, selected downloads in torrent package, fast-resume, chatting, disk cache, speed limits, port mapping, proxy, ip-filter, etc. Features- Support preview of video file which is being downloaded.
- Support DHT Network, download trackerless torrent!
- Completely new core written in C++, stable and fast, very low CPU usage. (detail)
- Ability to limit the upload speed as well as download speed. (detail)
- Clean and free, without any adware or spyware. ( Please note: Spybot may misreport "Comet Cursor" )
- Multiple simultaneous downloads, ability to select download files in one torrent and set file priority.)
- Intelligent Connection Optimize, Auto Optimization for different connections, runs well using all default settings.
- Intelligent Rate Control, optimize the upload distribution in order to get the max download rate.
- Intelligent Disk Cache, decrease the potential damage to the hard disk when high-speed downloading (>500KB/s) by decrease the read / write frequency, extra memory usage is the cost. (detail)
- Intelligent Disk Allocating, no long-time disk allocation, also decrease the disk fragment to almost zero.
- Intelligent Hash Scan, no time-consuming scanning when seeding / resume. (detail)
- Firewall and NAT Traversal, users behind differect NAT can now connect to each other (detail)
- Auto config ICF (Internet Connection Firewall) and ICS (Internet Connection Sharing) in Windows XP
- Auto config port mapping in router (UPnP support is required in router, Windows XP is required). (detail)
- Ability to block IP temporarily or permanently, compatiable with eMule ipfilter.dat.
- Ability to chat with other downloaders ( disabled by default )
- Compatiable with Windows XP SP2 TCP/IP restriction (detail)
- ZIP package is also provided, which runs withoust installation.
- Using only one TCP listening port. (detail)
- Support Multi-tracker, and utf-8 extension, UDP tracker Protocol v2.
- [Please Note]: It is reported that Zone Alarm 5.0 conflict with BitComet (and other p2p maybe). (discussion here)
- Support automatically power off with conditions.
Screenshots of BitCometDownload here.
The dramatic ending of World Cup 2006
No one wonder that Ilaty has won the trophy. Many of us predicted that Germany and Brazil would meet in final. ( Pick World Cup Finalist The Math Way). But, it was totally goes wrong. In the final match, Zinedine Zidane was given a red card. Why the most calm player in the world (I think), suddenly could make that such of action. World Cup 2006 will be remembered as Zidane 2006.
|
|
|
Nama:Zakaria Ismail
Nickname:Pokya
Asal: Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanah Melayu.

|
|